Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kumpulan K-Pop BTS 'bernilai AS$3.6 bilion' setahun kepada ekonomi Korea Selatan

Kumpulan 'boyband' Korea Selatan BTS menyumbang lebih daripada AS$3.6 bilion (S$4.95 bilion) kepada ekonomi negaranya setiap tahun - sama nilainya dengan sumbangan 26 syarikat bersaiz sederhana, menurut sebuah institut penyelidikan pada Selasa (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan K-Pop BTS 'bernilai AS$3.6 bilion' setahun kepada ekonomi Korea Selatan

Kumpulan K-pop, BTS. (Gambar: Facebook/BTS)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 12:17AM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:19AM

SEOUL: Kumpulan 'boyband' Korea Selatan BTS menyumbang lebih daripada AS$3.6 bilion (S$4.95 bilion) kepada ekonomi negaranya setiap tahun - sama nilainya dengan sumbangan 26 syarikat bersaiz sederhana, menurut sebuah institut penyelidikan pada Selasa (18 Dis).

Kumpulan penyanyi popular itu juga menjadi sebab yang menarik satu daripada setiap 13 pelancong asing ke Korea Selatan pada tahun 2017, menurut Institut Penyelidikan Hyundai.

Terkenal dengan penampilan 'budak baik' dan tarian yang disusun rapi, BTS - kependekan untuk 'Bangtan Sonyeondan' atau 'Pengakap Kalis Peluru' - adalah salah satu eksport muzik paling terkenal dan berharga bagi Korea Selatan.

Awal tahun ini kumpulan tujuh jejaka itu menjadi yang pertama menduduki tangga teratas carta album Amerika Syarikat, membayangkan tarikan genre itu yang semakin berkembang di mata dunia.

Menurut institut tersebut, tarikan ini mengharumkan lagi imej jenama produk barangan Korea Selatan di luar negara lantas menjadikan BTS suatu aset ekonomi yang bernilai.

Para penyelidik menganggarkan bahawa kesan pencetus penghasilan yang dijana kumpulan itu - yakni nilai ekonomi yang dijana industri-industri berkaitan - dianggarkan bernilai 4.1 trilion won (AS$3.63 bilion, atau S$4.99 bilion) setiap tahun. Ini setara dengan penghasilan 26 syarikat South Korea bersaiz sederhana.

Kira-kira 800,000 pelancong dipercayai memilih Korea Selatan sebagai destinasi percutian mereka tahun lalu kerana BTS. Ini meliputi lebih tujuh peratus daripada jumlah pelawat ke negara itu.

BTS juga dikaitkan dengan eksport pengguna bernilai lebih AS$1 bilion (S$1.37) termasuk pakaian, barang-barang kosmetik dan makanan yang ada kena mengena dengan kumpulan itu.

Jika BTS berjaya mengekalkan populariti mereka, kumpulan itu dijangka menjana nilai ekonomi sekitar 41.8 trilion won (sekitar S$49 bilion) sepanjang 10 tahun akan datang, menurut institut itu lagi.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan