Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Krisis AS-Turki: Erdogan sedia guna mata wang China, Rusia

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata ekonomi negaranya tidak dalam krisis atau akan muflis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2018 08:04PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 10:37PM

TURKI: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata ekonomi negaranya tidak dalam krisis atau akan muflis.

Sebaliknya Presiden Erdogan menyifatkan kadar tukaran asing sebagai "peluru berpandu" dalam perang ekonomi terhadap Turki.

Oleh sebab itu, Presiden Erdogan berkata pihaknya sedia menjalankan dagangan dengan menggunakan mata-mata wang China, Rusia dan Ukraine.

Sehari selepas nilai mata wang Lira Turki menjunam 18 peratus berbanding dolar Amerika, Presiden Erdogan berikrar untuk menangkis sebarang ancaman daripada Amerika Syarikat.

Mata wang Turki itu jatuh selepas Presiden Amerika Donald Trump mengumumkan langkah menggandakan cukai import besi dan aluminium keluaran Turki, mulai esok (13 Ogos).

Enggan tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat itu, Presiden Erdogan menyeru warga Turki supaya menukar simpanan mereka dalam mata wang dolar Amerika dan Euro, kepada Lira.

Hubungan Ankara-Washington kini di paras terendah setelah seorang paderi warga Amerika Syarikat, Andrew Brunson ditahan Turki atas tuduhan pengganasan. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan