Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Khidmat penerbangan SilkAir ke 17 destinasi dipindahkan ke Scoot

Khidmat penerbangan SilkAir ke 17 destinasi akan dipindahkan ke syarikat penerbangan kos rendah Scoot menjelang penggabungannya dengan Singapore Airlines (SIA).

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat penerbangan SilkAir ke 17 destinasi dipindahkan ke Scoot

(Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 22 Nov 2018 03:16PM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 03:18PM

SINGAPURA: Khidmat penerbangan SilkAir ke 17 destinasi akan dipindahkan ke syarikat penerbangan kos rendah Scoot menjelang penggabungannya dengan Singapore Airlines (SIA).

Dalam pengumuman yang dikeluarkan hari ini (22 Nov), SIA menambah bahawa khidmat penerbangan Scoot ke Shenzhen di China dan Kochi di India juga akan dipindahkan ke SilkAir. Penerbangan ke dua destinasi di India pula akan dipindahkan ke Singapore Airlines.

Perubahan itu hasil semakan terperinci terhadap syarikat penerbangan di bawah portfolio SIA Group dan ia tertakluk kepada kelulusan badan pengawalan.

Perubahan itu dijangka dilaksanakan antara April 2019 hingga separuh kedua 2020.

Para pelanggan yang sudah membuat tempahan dengan penerbangan-penerbangan yang terjejas boleh membuat pilihan untuk menukar kepada Scoot, SIA atau SilkAir atau diberi bayaran balik.

Senarai khidmat penerbangan SilkAir yang dipindahkan ke Scoot adalah seperti berikut:

  • Laos (Luang Prabang dan Vientiane) pada April 2019
  • India (Coimbatore, Trivandrum dan Visakhapatnam) antara Mei hingga Oktober 2019
  • China (Changsha, Fuzhou, Kunming dan Wuhan) antara Mei hingga Jun 2019
  • Thailand (Chiang Mai) pada Oktober 2019
  • Malaysia (Kota Kinabalu) pada Disember 2019
  • Indonesia (Balikpapan, Lombok, Makassar, Manado, Semarang dan Yogyakarta) antara Mei dengan Julai 2020

Khidmat penerbangan SilkAir ke Mandalay juga akan ditukar kepada khidmat musiman. Khidmat sedia ada akan dihentikan pada Mac tahun depan sebelum ditawarkan semula pada November hingga Januari 2020.

Khidmat penerbangan ke Bengaluru dan Chennai yang sebelum ini ditawarkan Scoot pula akan dipindahkan ke SIA masing-masing pada Mei 2019 dan Mei 2020. Khidmat penerbangan Scoot ke Shenzhen akan dipindahkan ke SilkAir pada Jun 2019 dan Kochi pada Oktober 2019.

Scoot juga akan menghentikan khidmat penerbangan ke Honolulu mulai Jun tahun depan disebabkan kurang permintaan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan