Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan suku pertama Singtel jatuh 6.6%

Di Australia, Optus mencatatkan pendapatan operasi yang lebih kukuh dirangsang pertumbuhan jumlah pelanggan. Ia disokong terutamanya oleh pelaburan yang berterusan dalam rangkaian, teknologi dan kandungan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Aug 2018 09:43AM Dikemas Kini : 08 Aug 2018 10:34PM

SINGAPURA: Keuntungan bersih Singtel pada suku pertama jatuh 6.6 peratus kepada S$832 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia sebahagian besarnya disebabkan oleh prestasi lebih lemah yang dicatatkan anak syarikatnya di luar negara, Airtel dan Telkomsel, serta turun naik mata wang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bursa Saham Singapura hari ini (8 Ogos), Singtel menyatakan bahawa prestasi anak syarikatnya yang berpangkalan di India, Airtel, terjejas oleh persaingan sengit serta dasar mewajibkan kadar pembatalan khidmat telefon dikurangkan.

Syarikat Airtel yang berpangkalan di Afrika bagaimanapun, menunjukkan trend pertumbuhan berterusan.

Bagi Telkomsel, anak syarikatnya di Indonesia, pendapatan telko itu terjejas dengan persaingan harga yang bertambah sengit, khususnya bagi pendaftaran kad SIM seperti yang diwajibkan pemerintah Indonesia.

Menurut Singtel, proses tersebut sudah selesai dan keadaan bertambah baik pada akhir bulan Jun.

Meskipun prestasi pendapatan kurang baik, Singtel tetap optimistik terhadap prospek anak-anak syarikatnya di luar negara.

Di Australia, Optus mencatatkan pendapatan operasi yang lebih kukuh dirangsang pertumbuhan jumlah pelanggan. Ia disokong terutamanya oleh pelaburan yang berterusan dalam rangkaian, teknologi dan kandungan.

Bagi Singapura, pendapatan pengguna menyaksikan peningkatan tetapi terus terjejas oleh faktor-faktor termasuk permintaan yang naik bagi pelan berasaskan kad SIM sahaja.

Pendapatan operasi untuk suku pertama jatuh 0.5 peratus kepada sebanyak S$4.1 bilion berbanding tahun lalu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan