Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan suku kedua CDL lonjak 79.5%

Sebagai contoh, projek pembangunan hartanah New Futura dan Gramercy Park di Singapura dan Pusat Bandar Hong Leong di Suzhou, China mencatat jualan yang kukuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan suku kedua CDL lonjak 79.5%

(Gambar: CDL)

Diterbitkan : 08 Aug 2018 01:41PM Dikemas Kini : 08 Aug 2018 01:45PM

SINGAPURA: Keuntungan bersih suku kedua syarikat City Developments Limited (CDL) melonjak 79.5 peratus berbanding setahun yang lalu, didorong oleh penjualan yang kukuh.

Syarikat pemaju hartanah itu pada Rabu (8 Ogos) melaporkan keuntungan bersih sebanyak S$204.8 juta, naik daripada S$114.1 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Kenaikan yang dicatatkan itu susulan meningkatnya pendapatan sebanyak hampir 60 peratus pada tempoh tiga bulan itu kepada S$1.36 bilion, berbanding S$854 juta pada tahun lalu.

Syarikat kumpulan itu menyatakan bahawa keuntungan itu dirangsang oleh prestasi yang kukuh dari segmen pembangunan hartanah.

Sebagai contoh, projek pembangunan hartanah New Futura dan Gramercy Park di Singapura dan Pusat Bandar Hong Leong di Suzhou, China mencatat jualan yang kukuh.

Dalam respon kepada langkah-langkah penyejukan hartanah yang diperkenalkan pemerintah bulan lepas, kumpulan itu menyatakan bahawa penjualan dijangka menjadi sederhana - namun faktor masa dan sentimen tetap kritikal.

Pengerusi Eksekutif CDL Kwek Leng Beng, berkata: "Memandangkan simpanan tanah kami dibeli lebih awal sebelum harga meningkat, ini memberikan kami lebih banyak kelonggaran dalam memulakan pelancaran pembinaan dan penjualan projek. Matlamat pelaburan kami kekal jangka panjang dan kami akan meneruskan pendekatan berdisiplin untuk memaksimumkan pulangan bagi para pemegang saham. "

Pemaju hartanah itu membeli Amber Park dalam harga rekod di bawah penjualan en bloc tahun lalu.

Bagaimanapun, ia menekankan bahawa syarikat itu "bersiap sedia" menghadapi pertumbuhan fasa seterusnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan