Images
  • comfort (1)
    Gambar: TODAY

Keuntungan operasi ComfortDelgro jatuh 11.5%

SINGAPURA: Di tengah-tengah persaingan sengit daripada pengendali kereta sewa swasta, syarikat pengangkutan raksasa ComfortDelgro menyatakan pada hari ini (13 Feb) keuntungan operasinya bagi tahun kewangan 2017 turun sebanyak 11.5 peratus kepada S$409.2 juta.

Mengumumkan keputusan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu, ComfortDelgro menyatakan prestasi lebih lemah itu disebabkan 'sekitaran semakin kompetitif, terutamanya dalam segmen perniagaan teksi' yang dijangka terus menurun. Keuntungan operasi bagi perniagaan teksinya menjunam kepada S$135.1 juta daripada S$167.5 juta pada Tahun Kewangan 2016.

Pendapatan ComfortDelgro jatuh sebanyak 2.2 peratus kepada S$3.97 bilion pada tahun lalu, berbanding S$4.05 bilion pada 2016, sebahagian besarnya disebabkan oleh perniagaan teksi dan perkhidmatan kejuruteraan automotifnya yang merosot.

Berdasarkan perangkaan dari Penguasa Pengangkutan Darat, jumlah teksi milik ComfortDelgro merosot ke paras terendah sebanyak 13,244 pada akhir tahun lalu.

- TODAY/SU/sm

Top