Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kerjasama Proton-Geely diharap keluarkan kereta M'sia sebenar, kata Mahathir

erdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berharap kerjasama antara Proton Holdings Bhd dan Zhejiang Geely Holdings Group (Proton-Geely) akan mengeluarkan kereta Malaysia sebenar pada masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama Proton-Geely diharap keluarkan kereta M'sia sebenar, kata Mahathir

Dr Mahathir berserta isteri di pelancaran kereta baru Proton pada 12 Dis (Gambar: Facebook/@TunDrMahathir)

Diterbitkan : 13 Dec 2018 09:34AM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 09:39AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berharap kerjasama antara Proton Holdings Bhd dan Zhejiang Geely Holdings Group (Proton-Geely) akan mengeluarkan kereta Malaysia sebenar pada masa depan.

Sejak menjalin kerjasama dengan Geely, Proton mencatat kemajuan termasuk pelancaran kenderaan utiliti sukan pertamanya, X70.

"Pastinya kereta ini bukan direka bentuk dan dibina oleh Proton secara menyeluruh tetapi untuk mempercepatkannya berada di jalan, anda perlu lakukan ini untuk menjimatkan masa,” katanya selepas pelancaran empat varian model kereta itu di Kuala Lumpur pada Rabu malam (12 Dis).

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata Proton perlu terus berkembang maju dan turut serta dalam membangunkan model baru.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata mungkin kerjasama itu boleh bermula dengan reka bentuk dilakukan di Malaysia, selepas itu ke peringkat membina modelnya dan lainnya yang akan menyaksikan 100 peratus kereta Malaysia yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia dengan sokongan Geely.

"Saya agak yakin di masa depan kita akan menyaksikan lebih banyak reka bentuk dan model yang boleh dibanggakan oleh Malaysia," katanya.
Dr Mahathir yakin pengenalan X70 akan terus dapat meningkatkan daya pemulihan Proton.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd Syed Faisal Albar Syed Ali Rizal Albar optimis X70 akan menjadi “titik penyelamatan bagi Proton”.

"Ini merupakan titik perubahan di mana nasib Proton akan berubah kepada lebih baik," katanya.
Menyifatkan kereta itu sebagai kereta pertama Malaysia bercirikan Internet sepenuhnya, Encik Syed Faisal Albar berkata kereta itu dilengkapi teknologi komunikasi mudah alih, Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu Termaju yang memberikan pelbagai fungsi pengguna serta keupayaan untuk terus berhubung melalui peranti mudah alih.

"Dengan dilengkapi kad eSIM, sistem ini dimuatkan dengan empat aplikasi seperti radio dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan