Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kemudahan kajian baru tumpu pembangunan kanta bermutu bagi rawatan katarak

Firma teknologi optik Hoya Corporation membuka kemudahan kajian global yang baru di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jan 2018 07:51PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 09:53PM

SINGAPURA: Firma teknologi optik Hoya Corporation membuka kemudahan kajian global yang baru di sini.

Ia akan memberi tumpuan kepada membangunkan kanta yang lebih bermutu bagi rawatan katarak.

Pusat itu di bawah Optik Pembedahan Hoya, divisyen yang menghasilkan kanta buatan bagi pembedahan katarak.

Di negara ini, lebih 80 peratus penduduk berusia lebih 60 tahun mengalami katarak.

Ia sejenis penyakit, yang mana kanta di mata mula kabur dan antara tiga punca utama kehilangan daya penglihatan.

Masalah itu juga dialami merata dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan katarak adalah punca utama seseorang itu menjadi buta di merata dunia.

Keadaan itu dijangkakan semakin teruk sedang usia penduduk di seluruh dunia semakin menua.

Disebabkan itu, syarikat Hoya membuka sebuah pusat kajian baru, yang akan menumpukan usaha dalam memperbaiki teknologi kanta intraokular.

Hoya bagaimanapun enggan mendedahkan berapakah kos pusat baru tersebut atau jumlah kakitangan yang akan digajikan.

Namun menambah ia akan menawarkan pekerjaan dalam bidang bioperubatan dan teknologi proses.

Menurut Hoya, langkah membuka pusat itu adalah sebahagian daripada rancangan untuk mengembangkan dan menyatukan usaha-usaha syarikat itu merata dunia.

Kilang dan ibu pejabat global Hoya berpangkalan di Singapura.

Kemudahan baru Hoya itu selaras dengan rancangan Singapura untuk menyokong usaha-usaha penyelidikan.

Rancangan bernilai $19 bilion itu di bawah hala tuju lima tahun yang diberi nama Kajian, Inovasi dan Keusahawanan (RIE) 2020. 

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan