Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keluarga-keluarga S'pura perlu terus cermat sedang kadar faedah dijangka naik: MAS

Dengan jangkaan kenaikan kadar faedah serta berlanjutnya ketegangan perdagangan global, keluarga-keluarga di Singapura perlu terus bersikap cermat.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga-keluarga S'pura perlu terus cermat sedang kadar faedah dijangka naik: MAS

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 23 Nov 2018 02:37PM Dikemas Kini : 23 Nov 2018 02:40PM

SINGAPURA: Dengan jangkaan kenaikan kadar faedah serta berlanjutnya ketegangan perdagangan global, keluarga-keluarga di Singapura perlu terus bersikap cermat. Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam semakan tahunan terbaru kestabilan kewangan yang dikeluarkan pada Jumaat (23 Nov).

Ini meskipun kedudukan kewangan keluarga-keluarga lebih kukuh, pasaran buruh domestik bertambah baik, gaji dijangka meningkat dan prospek pekerjaan diramalkan positif secara keseluruhan, menurut bank pusat Singapura itu.

Khususnya, keluarga-keluarga yang sedang menimbangkan untuk membeli hartanah harus peka tentang kadar faedah lebih tinggi - disebabkan pemuilhan dasar kewangan Amerika yang berterusan - ke atas keupayaan mereka untuk melunaskan hutang-hutang.

Ini kerana, Singapura melaksanakan dasar kewangan berdasarkan kadar pertukaran yang menambat mata wang Singapura pada sekumpulan mata wang dunia, dengan mata wang Amerika sebagai komponen utama.

Ini bermakna kadar faedah di Singapura berkait rapat dengan kadar faedah di Amerika Syarikat.

Kenaikan kadar faedah akan menyebabkan kos pinjaman meningkat dan ini bermakna wang yang dipinjam daripada bank-bank atau institusi kewangan lain perlu dibayar balik pada kadar faedah lebih tinggi.

SISTEM PERBANKAN KUKUH

Meskipun landskap makroekonomi semakin tidak menentu, MAS menyatakan bahawa sistem perbankan Singapura kekal kukuh, dengan kumpulan-kumpulan bank tempatan memiliki modal yang kukuh dan kedudukan kecairan yang menjangkaui keperluan kawal selia MAS.

Para pemiutang tempatan juga melihat peningkatan pada mutu aset merentasi kebanyakan sektor, menyebabkan kemerosotan nisbah pinjaman tidak berbayar secara keseluruhan.

Bagaimanapun, bank-bank digesa oleh MAS untuk terus mengekalkan piawai jaminan kredit yang baik dan penimbal yang mencukupi bagi mengurangkan risiko kredit.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan