Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kegiatan pengilangan S'pura naik lebih perlahan pada April

Kegiatan pengilangan di Singapura naik pada paras lebih perlahan bagi bulan April, menurut data yang didedahkan Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan-Bahan Singapura (SIPMM) hari ini (2 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan pengilangan S'pura naik lebih perlahan pada April

Gambar fail sebuah kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 02 May 2017 10:55PM Dikemas Kini : 02 May 2017 10:56PM

SINGAPURA: Kegiatan pengilangan di Singapura naik pada paras lebih perlahan bagi bulan April, menurut data yang didedahkan Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan-Bahan Singapura (SIPMM) hari ini (2 Mei).

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) - satu penanda awal kegiatan pengilangan - mencatat 51.1 bulan lalu, jatuh 0.1 mata berbanding bulan Mac.

Bacaan melebihi 50 bermaksud ekonomi pengilangan sedang berkembang, sementara mata bawah daripada itu menunjukkan pengucupan.

Paras pengembangan lebih perlahan disebabkan paras pertumbuhan yang hambar bagi penempahan baru, eksport baru, inventori dan pengambilan kerja, menurut SIPMM, sambil menambah bahawa kemerosotan tidak begitu teruk kerana rentak pertumbuhan kegiatan kilang yang lebih rancak.

Satu indeks yang sepadan bagi sektor elektronik juga mencatat pengembangan yang lebih perlahan, dengan PMI bagi April adalah 51.6, jatuh 0.2 mata berbanding bulan sebelumnya. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan