Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah teksi ComfortDelGro merosot ke paras terendah dalam 7 bulan

Perangkaan bagi bulan Julai - merupakan kemerosotan tujuh bulan berturut-turut - dan ia sekitar 10 peratus lebih rendah berbanding paras tertinggi pada bulan April tahun lalu, iaitu 17,143. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah teksi ComfortDelGro merosot ke paras terendah dalam 7 bulan

(Gambar fail TODAY)

Diterbitkan : 21 Sep 2017 09:59AM Dikemas Kini : 21 Sep 2017 10:02AM

SINGAPURA: ComfortDelGro, yang berdepan dengan pemandu-pemandunya yang melompat ke pesaingnya, menyaksikan jumlah teksinya merosot dengan mendadak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ini bagaimanapun sejajar dengan trend industri berdasarkan perangkaan terbaru oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Setakat sehingga Julai, terdapat sebanyak 15,472 teksi Comfort dan CityCab yang masih diuruskan oleh pengendali teksi terbesar di Singapura itu - termasuk teksi-teksi yang tidak disewa sekarang - berbanding 16,495 pada bulan Januari.

Perangkaan bagi bulan Julai - merupakan kemerosotan tujuh bulan berturut-turut - dan ia sekitar 10 peratus lebih rendah berbanding paras tertinggi pada bulan April tahun lalu, iaitu 17,143.

Jumaat lalu, Mediacorp melaporkan bahawa lebih 2,000 pemandu ComfortDelGro mungkin melompat ke pengendali teksi lain yang turut bekerjasama dengan Grab atau bertukar menjadi pemandu khidmat kereta sewa privet Grab, selepas syarikat itu menawarkan potongan harga sewa yang menarik untuk memikat para penumpang ComfortDelGro. Pemandu-pemandu itu sudah mendaftar diri bagi membuka akaun sebagai pemandu Grab.

Secara keseluruhannya, jumlah teksi di Singapura merosot hampir 7 peratus sejak awal tahun ini, mencecah paras terendah dalam tempoh lebih tujuh tahun, menurut perangkaan LTA.

Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 25,325 teksi di Singapura setakat sehingga bulan Julai, berbanding 27,202 pada awal tahun ini, dan 28,054 pada Julai tahun lalu.

Dari segi jumlah mutlak, ComfortDelGro kehilangan teksi paling banyak di kalangan pengendali teksi tempatan sejak Januari - kehilangan sebanyak 1,023 teksi di tengah-tengah kemerosotan 6.2 peratus. Kecuali Premier, yang jumlah teksinya meningkat dari 1,907 kepada 1,925 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, bilangan teksi yang diuruskan oleh pengendali lain jatuh antara 3.3 peratus hingga 13.8 peratus.

Bilangan pemandu individu di bawah skim kuning-hitam merosot dari 114 kepada 87 - kejatuhan hampir 24 peratus - dalam tempoh yang sama.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan