Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jumlah pinjaman bank di S'pura naik 0.8% pada April

Jumlah pinjaman bank di negara ini naik 0.8 peratus pada April lalu dibandingkan sebulan sebelumnya dengan peningkatan pinjaman kepada perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pinjaman bank di S'pura naik 0.8% pada April

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 31 May 2018 07:34PM Dikemas Kini : 31 May 2018 07:35PM

SINGAPURA: Jumlah pinjaman bank di negara ini naik 0.8 peratus pada April lalu dibandingkan sebulan sebelumnya dengan peningkatan pinjaman kepada perniagaan.

Data awal dari Penguasa Kewangan Singapura menunjukkan pinjaman dan pendahuluan yang diberikan oleh unit-unit perbankan domestik mencecah $667 bilion pada April.

Pinjaman kepada perniagaan naik 1.2 peratus kepada $402 bilion.

Pinjaman pengguna pula naik 0.3 peratus kepada $265 bilion.

Berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, pinjaman bank pada April naik 5.7 peratus. 

Sumber : CNA/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan