Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jumlah penumpang Lapangan Terbang Changi naik 5.6 % bulan lalu

Lapangan Terbang Changi mencatat kenaikan sebanyak 5.6 peratus pada bulan Februari berbanding tempoh sama tahun lalu dari segi pergerakan penumpang, sebahagian besarnya disebabkan musim perayaan Tahun Baru Cina, yang bermula 16 Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2018 04:47PM Dikemas Kini : 27 Mar 2018 09:37PM

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi mencatat kenaikan sebanyak 5.6 peratus pada bulan Februari berbanding tempoh sama tahun lalu dari segi pergerakan penumpang, sebahagian besarnya disebabkan musim perayaan Tahun Baru Cina, yang bermula 16 Februari.

Changi Airport Group (CAG) mengumumkan perangkaan tersebut dalam kenyataan medianya pada Selasa (27 Mac), sambil menyatakan sejumlah 4.93 juta penumpang melalui lapangan terbang itu pada bulan tersebut.

Destinasi perjalanan ulang-alik ke Asia Tenggara dan timur laut Asia membentuk lebih separuh daripada pertumbuhan pergerakan penumpang semasa musim perayaan Tahun Baru Cina, menurut CAG. Trafik dari China tumbuh 13 peratus manakala trafik dari India pula tumbuh 12 peratus.

Pergerakan pesawat juga meningkat sebanyak enam peratus berbanding bulan sama tahun lalu, dengan sebanyak 29,700 pendaratan dan keberangkatan. Penghantaran kargo kian stabil pada 1.4 peratus, mencecah 149,930 tan.

CAG juga menyatakan setakat sehingga 1 Mac, lebih 100 syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Changi yang menghubungkan Singapura dengan sekitar 400 bandar. Lebih 7,200 penerbangan dijadualkan di lapangan terbang itu dalam seminggu.

Sumber : CNA/IM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan