Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jumlah penjualan PMD merosot 40% hingga 60%

Jumlah penjualan Alat Pergerakan Peribadi (PMD) merosot sebanyak 40 peratus hingga 60 peratus sejak piawai keselamatan baru UL2272 bagi alat mobiliti peribadi itu diumumkan awal minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2018 08:22PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 10:55PM

SINGAPURA: Jumlah penjualan Alat Pergerakan Peribadi (PMD) merosot sebanyak 40 peratus hingga 60 peratus sejak piawai keselamatan baru UL2272 bagi alat mobiliti peribadi itu diumumkan awal minggu ini.

Malah menurut beberapa peruncit yang ditemui, ada pelanggan yang kembali ke kedai mereka untuk meminta bayaran balik.

Persatuan Penjual Runcit PMD Singapura (PRAS) menyatakan para pengguna enggan membeli alat-alat PMD tanpa sijil UL kerana tarikh luputnya yang bakal menjelang pada 2021.

MOBOT, yang sudah mengalami kemerosotan penjualan PMD sebanyak 30 peratus sejak peraturan baru diumumkan, menawarkan para pelanggan satu program tukar beli untuk membolehkan peralihan lancar ke skuter yang bersijil UL.

Setakat ini, para pengguna tidak dibenarkan untuk membuat modifikasi ke atas skuter mereka bagi memenuhi pensijilan UL.

Ini menyebabkan para pengguna tidak pasti tentang langkah seterusnya, terutama bagi mereka yang mempunyai PMD baru.

Seorang wakil daripada sebuah kumpulan besar peminat PMD berkata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sudah mendengar rayuan mereka.

Memandangkan penjualan PMD beransur lembab, Persatuan Peruncit kini bekerja keras bersama LTA untuk membantu para peniaga PMD lebih memahami piawai keselamatan baru sebagai langkah seterusnya pada masa hadapan.

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan