Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit tumbuh 1.8% pada Julai

Perangkaan penjualan tidak termasuk cukai seperti GST dan COE.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit tumbuh 1.8% pada Julai

Orang ramai berjalan di kawasan membeli-belah Orchard Road. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 12 Sep 2017 05:58PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 06:00PM

SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura naik 1.8 peratus pada bulan Julai berbanding tahun sebelumnya.

Ini menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik (Singstat) hari ini (12 Sep).

Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit tumbuh 2.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berdasarkan dari bulan ke bulan, keseluruhan penjualan runcit pada bulan Julai naik 3 peratus dan 2.6 peratus tidak termasuk kenderaan bermotor.

Stesen minyak petrol mencatat kenaikan tertinggi, meningkat 8.1 peratus berbanding tahun lalu.

Barangan dan kelengkapan perubatan mencatat kenaikan 7.3 peratus, jualan kedua tertinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sebaliknya, peralatan perabot dan rumah merosot sebanyak 6.3 peratus berbanding Julai 2016, diikuti dengan peruncit makanan - yang menjual makanan dan minuman yang bukan untuk dimakan dan diminum di premis mereka - yang mencatat penurunan 3.4 peratus.

Secara keseluruhannya, nilai penjualan runcit pada Julai 2017 dianggar berjumlah S$3.7 bilion, meningkat berbanding S$3.6 bilion pada Julai 2016.

Penjualan khidmat makanan dan minuman turun 0.5 peratus berbanding tahun lalu, dengan keseluruhan nilai penjualan dianggarkan S$723 juta, lebih rendah berbanding S$727 juta pada bulan Julai 2016.

Indeks Penjualan Runcit dan Indeks Khidmat Makanan dan Minuman mengukur prestasi jangka pendek industri runcit dan khidmat F&B berdasarkan rekod penjualan kedua-dua industri itu.

Perangkaan penjualan tidak termasuk cukai seperti GST dan COE. 

Sumber : CNA/NA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan