Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan rumah privet turun 12.6% pada bulan April

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), 1,555 rumah privet dijual bulan lalu berbanding 1,616 unit yang dilancarkan pemaju.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 May 2017 04:27PM Dikemas Kini : 15 May 2017 09:49PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru semakin perlahan pada bulan April, dengan jumlah unit yang dijual susut sebanyak 12.6 peratus berbanding bulan Mac, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (15 Mei).

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), 1,555 rumah privet dijual bulan lalu berbanding 1,616 unit yang dilancarkan pemaju.

Pada bulan Mac, 1,780 unit dijual dan 1,527 unit dilancarkan.

Termasuk EC, 1,926 rumah privet dijual pada bulan April, turun dari bulan Mac dimana 2,358 unit dijual.

Tiada unit EC baru yang dilancarkan pada bulan April tetapi 924 unit EC dilancarkan pada bulan Mac dengan projek INZ dan Sol Acres di Chua Chu Kang.

Kebanyakan rumah privet yang dilancarkan pada bulan April adalah daripada projek pembangunan Seaside Residences di Siglap, yang melancarkan 560 unit dengan 419 unit dijual.

Projek Kingsford Waterbay di Upper Serangoon, pula yang menawarkan 500 unit di mana 50 unit dijual.  

Sumber : CNA/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan