Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan rumah privet bulan Mei berada di paras tertinggi dalam 9 bulan

Penjualan rumah privet baru melonjak ke paras tertinggi dalam sembilan bulan pada Mei lalu didorong banyaknya pelancaran baru oleh para pemaju.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2018 03:56PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 10:55PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru melonjak ke paras tertinggi dalam sembilan bulan pada Mei lalu didorong banyaknya pelancaran baru oleh para pemaju.

Projek-projek luar bandar terbukti yang paling popular.

1,121 rumah privet dijual pada bulan lalu, naik 53.1 peratus berbanding April dan 7.9 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu, menurut data yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (18 Jun).

Jumlah penjualan pada Mei itu juga merupakan yang tertinggi sejak Ogos tahun lalu, apabila 1,246 rumah privet baru dijual.

Termasuk kondominium eksekutif (EC), 1,257 unit dijual bulan lalu, satu kejatuhan berbanding 1,328 unit yang dijual pada bulan sebelumnya dan 1,416 unit yang dijual pada Mei tahun lalu.

Peningkatan pada penjualan rumah privet baru pada Mei dipacu pelancaran projek-projek baru oleh para pemaju.

Sebanyak 1,060 unit dilancarkan pada bulan Mei, naik 60 peratus berbanding April dan 186 peratus lebih banyak berbanding Mei tahun lalu.

Unit-unit di luar kawasan tengah bandar (OCR) adalah yang paling popular di kalangan pembeli dan pemaju dengan 834 unit dilancarkan dan 792 rumah dijual.

Ini berbanding 56 unit dan 170 rumah yang masing-masing dilancarkan di kawasan tengah bandar (CCR) dan di baki kawasan bandar (RCR).

Dari segi penjualan, 43 unit dijual di CCR dan 286 kediaman pula di RCR. 

Sumber : CNA/SM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan