Images
  • file photo HDB
    Gambar fail TODAY.

Jualan rumah privet baru jatuh 59.8% pada Mac

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru privet merosot 59.8 peratus pada Mac berbanding bulan yang sama tahun lalu. Demikian menurut data yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (16 Apr).

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), syarikat pemaju hartanah menjual 716 unit bulan lalu, berbanding 1,780 unit pada Mac 2017.

Jualan bulan Mac naik 86.5 peratus berbanding 384 unit yang dijual pada Februari tahun ini sedang pasaran tersebut bangkit semula selepas cuti Tahun Baru Cina.

Termasuk EC, 788 unit dijual pada bulan Mac, kurang daripada 2,358 unit yang dijual pada tempoh yang sama setahun lalu.

Secara keseluruhannya 614 rumah baru dilancarkan oleh syarikat pemaju hartanah bulan lalu. Tidak ada unit EC baru dilancarkan.

- CNA/SM/sm

Komen Anda?

Top