Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Johor mahu kaji semula Sijori

Kerajaan Johor akan mengkaji semula segitiga pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (Sijori) dalam usaha meningkatkan pembangunan ekonomi negeri dengan mengukuhkan hubungan antara ketiga-tiga pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor mahu kaji semula Sijori

Gambar hiasan Jalan Dato Abdullah Tahir di Johor Bahru. (Petikan gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 21 Sep 2018 10:22PM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 10:28PM

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan mengkaji semula segitiga pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (Sijori) dalam usaha meningkatkan pembangunan ekonomi negeri dengan mengukuhkan hubungan antara ketiga-tiga pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah berkata konsep Sijori itu masih relevan pada masa kini dan menampilkan potensi yang besar memandangkan Johor, Singapura dan kepulauan Riau masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

"Sebelum ini, konsep itu tidak berlaku seperti dirancangkan disebabkan faktor yang tidak diketahui. Jadi kita akan kaji semula kerana yakin melalui konsep ini dapat memberi manfaat kepada ekonomi negeri katanya kepada para wartawan selepas perasmian acara Seedbank Big Wheel di Sunway Iskandar, hari ini (21 Sep).

Menurut Encik Puah, Johor perlu memanfaatkan peluang yang ada, apatah lagi dengan kedudukannya yang strategik serta berdekatan dengan Singapura dan Indonesia.

"Kita juga perlu menggunakan kelebihan negara jiran untuk memastikan ekonomi kita terus berkembang seiring dengan mereka dan saya yakin konsep (Sijori) ini mampu membawa ke arah itu,” katanya.

Sementara itu, Johor bakal menerima pelaburan sebanyak RM300 juta (S$99 juta) daripada sebuah syarikat elektrik dan elektronik dari Singapura.

"Syarikat tersebut sudah menyatakan minatnya untuk membuka kilang mereka di Iskandar Malaysia yang dijangka mampu menawarkan sehingga 500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ia masih dalam proses perbincangan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan