Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Inflasi S'pura naik 0.6% pada November

Indeks harga pengguna Singapura (CPI) meningkat pada rentak yang lebih pantas daripada yang dijangkakan iaitu 0.6 peratus pada bulan November berbanding setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Dec 2017 03:28PM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 12:51AM

SINGAPURA: Indeks harga pengguna Singapura (CPI) meningkat pada rentak yang lebih pantas daripada yang dijangkakan iaitu 0.6 peratus pada bulan November berbanding setahun lalu.

Demikian menurut data yang diterbitkan hari ini (26 Dis), dengan kos pengangkutan darat privet naik sedikit.

Peningkatan pada bulan Julai ini merupakan yang terpantas berbanding setahun lalu, dengan CPI naik 0.6 peratus berbanding tahun lalu.

Inflasi teras, tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan darat privet, kekal tidak berubah berbanding bulan sebelumnya pada kadar 1.5 peratus, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataan bersama hari ini (26 Dis).

Kos pengangkutan darat privet naik 4.1 peratus pada bulan November berbanding setahun lalu, menurut data daripada Jabatan Statistik Singapura.

Kos penginapan jatuh 3.9 peratus pada bulan November, berbanding kejatuhan 4.2 peratus pada bulan sebelumnya. Kemerosotan lebih kecil itu mencerminkan kesan agihan rebat perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) setahun lalu.

Inflasi bagi perkhidmatan naik kepada 1.6 peratus pada bulan November berbanding 1.5 peratus pada Oktober. Ini menyusuli kenaikan harga tiket penerbangan, berbeza jika dibandingkan dengan kemerosotan yang dialami pada bulan sebelumnya, dan juga peningkatan lebih besar pada yuran khidmat telekomunikasi dan perbelanjaan percutian yang lebih lebih daripada mengimbangi kenaikan kecil pada yuran khidmat riadah dan budaya.

Inflasi makanan pula tidak berubah berbanding bulan sebelumnya, iaitu 1.5 peratus, sedang rentak kenaikan harga bagi makanan yang belum dimasak dan khidmat makanan hampir sama buat kedua-dua bulan.

Secara keseluruhannya, kos barangan runcit juga mencatat peningkatan 0.5 peratus pada bulan November berbanding 0.9 peratus pada Oktober. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan pada harga kelengkapan dandanan diri, serta kenaikan harga barangan peribadi, menurut kenyataan tersebut.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan