Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Industri insurans tempatan catat pertumbuhan mendatar bagi 2017

Industri insurans tempatan mengumumkan bahawa pertumbuhan mendatar dicatat tahun lalu dengan premium kasar meningkat 0.8 peratus kepada S$3.7 bilion. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2018 07:34PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:18PM

SINGAPURA: Industri insurans tempatan mengumumkan bahawa pertumbuhan mendatar dicatat tahun lalu dengan premium kasar meningkat 0.8 peratus kepada S$3.7 bilion.

Saingan sengit dalam pasaran juga menyebabkan keuntungan penaja jaminan bagi industri itu merosot 58 peratus kepada S$107 juta tahun lalu.

Syarikat-syarikat insurans kenderaan bermotor antara yang paling teruk terjejas.

Jumlah tuntutan yang meningkat menyaksikan syarikat-syarikat itu mencatat kerugian penaja jaminan sebanyak S$27.2 juta tahun lepas - kerugian pertama dalam tempoh lebih lima tahun.

Menurut satu laporan industri, 2017 mencatat jumlah tertinggi kemalangan kenderaan bermotor dalam 10 tahun.

Sementara itu, premium insurans kenderaan bermotor merosot 3.3 peratus jika dibandingkan tahun ke tahun, sebahagian besarnya disebabkan oleh saingan yang kian sengit di kalangan syarikat-syarikat insurans.

Premium kasar bagi Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja juga menyaksikan penurunan 4.1 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun.

Bagaimanapun prestasi penaja jaminan bagi segmen tersebut mencatat kenaikan sebanyak 24.1 peratus, sekaligus mencerminkan kadar kecederaan dan kematian di tempat kerja yang semakin rendah.

Sementara itu, premium insurans bagi segmen insurans kesihatan kekal stabil, namun ia mengalami kerugian S$28 juta tahun ke tahun. 

Sumber : CNA/NS/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan