Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Indeks ketidakpastian S'pura meningkat, terjejas oleh perang perdagangan

Ketegangan yang kian meningkat berhubung perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China boleh menjejas Singapura yang banyak bergantung kepada eksport, dengan indeks bagi mengukur ketidakpastian ekonomi terus meningkat ke paras tertinggi dalam masa lima bulan pada Mac lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indeks ketidakpastian S'pura meningkat, terjejas oleh perang perdagangan

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 10 Apr 2018 04:08PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 04:11PM

SINGAPURA: Ketegangan yang kian meningkat berhubung perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China boleh menjejas Singapura yang banyak bergantung kepada eksport, dengan indeks bagi mengukur ketidakpastian ekonomi terus meningkat ke paras tertinggi dalam masa lima bulan pada Mac lalu.

Indeks Ketidakpastian Dasar Ekonomi bagi Singapura (EPU) meningkat kepada 155 berbanding 126 yang dicatatkan pada bulan Februari. Ini menunjukkan bahawa ancaman tarif sudah mula dirasai.

Namun, indeks berkenaan masih belum membimbangkan. Ini kerana ia masih rendah, memandangkan dasar pada tahun lalu sudah dilonggarkan dan Brazil, Korea Selatan, Perancis dan Britain pula mengalami pergolakan pada tahun lalu, menurut Encik Steven Davis, seorang pakar ekonomi di Universiti Chicago dan salah seorang yang bertanggungjawab menghasilkan indeks tersebut.

"Perkembangan-perkembangan itu mencerahkan landskap pelaburan, pengambilan pekerja dan pertumbuhan," kata Encik Davis dalam kiriman emel. "Kebimbangan tentang dasar perdagangan Amerika dan kemungkinan berlakunya perang perdagangan besar-besaran antara Amerika dengan China."

Kebangkitan bulan lalu masih jauh berbanding peningkatan 141 mata ke paras 238 pada November 2016, di tengah-tengah kemenangan mengejut Encik Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Indeks tersebut dihasilkan oleh Encik Davis, Encik Scott Baker dari Universiti Northwestern dan Encik Nick Bloom dari Universiti Stanford dan ia sudah digunakan di merata dunia.

Dengan ketegangan dijangka semakin reda, ramalan ekonomi Singapura bercampur-campur. 

"Ketegangan dasar perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China semakin memburuk sejak awal April," kata Encik Davis. "Selagi ketegangan ini tidak reda dengan pantas, maka indeks EPU Singapura akan naik semula pada bulan ini." 

Sumber : Today/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan