Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

IMF turunkan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia buat pertama kalinya dalam masa dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
IMF turunkan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia

(Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 04:24PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 04:28PM

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia buat pertama kalinya dalam masa dua tahun.

IMF menjangkakan pertumbuhan ekonomi global akan mendatar pada 3.7 peratus tahun ini dan tahun depan.

Kadar tersebut lebih rendah daripada ramalan pertumbuhan 3.9 peratus yang dibuat pada Julai lalu.

Jangkaan pertumbuhan dibayangi ketegangan dagangan yang semakin membimbangkan, dasar ekonomi yang tidak stabil dan pasaran kewangan yang tidak menentu.

Unjuran pertumbuhan yang baru itu didedahkan semasa mesyuarat Bank Dunia yang berlangsung di Bali, Indonesia pada Isnin (8 Okt).

Menurut IMF, dasar potongan cukai Amerika dan import yang semakin meningkat, mula menjejas pertumbuhan ekonomi global.

Malah, pertumbuhan di Amerika sendiri diramalkan turun kepada 2.1 peratus.
Kadar pertumbuhan China pula diramalkan 6.6 peratus pada tahun ini dan 6.2 peratus pada tahun depan. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan