Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ikea buka cawangan sulung di India

Ikea berjanji akan memenuhi "keperluan, keprihatinan dan impian" para pelanggan tempatan

Anggaran Waktu Membaca:
Ikea buka cawangan sulung di India

Ikea di Hyderabad, India. (Gambar AFP/NOAH SEELAM)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 06:20PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 06:22PM

HYDERABAD, INDIA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ikea, Jesper Brodin berjanji, pada Rabu lalu (8 Ogos), syarikat itu akan memenuhi "keperluan, keprihatinan dan impian" para pelanggan tempatan menerusi pembukaan cawangan sulung firma Sweden itu. Ia adalah percubaan kedua Ikea untuk menerobos pasaran besar, tetapi rumit India.

"Kami bawakan tawaran perhiasan rumah yang mempunyai inspirasi, dimampui dan mudah," kata Encik Brodin sehari sebelum pembukaan cawangan besar di kawasan luar bandar selatan India yang terletak di Hyderabad.

"Kami berjanji akan menawarkan mutu hebat pada harga berpatutan dan cuba untuk berkembang dengan pantas dan membuka cawangan di kawasan-kawasan lain India," kongsi beliau di satu sidang media.

Pengasas Ikea, Ingvar Kamprad meninggal dunia pada Januari lalu. Ikea kini beroperasi di 49 buah negara, namun percubaan sebelum ini pada 2006 untuk mendampingi kelas pertengahan India berdepan dengan kerumitan melibatkan peraturan-peraturan India.

Menerusi percubaan terbaru itu, Ikea dijangka dapat menarik sejumlah tujuh juta pelanggan setahun ke tapak di Hyderabad seluas 13 ekar, iaitu yang pertama dalam kalangan 25 cawangan yang dirancang dibuka di merata India yang mempunyai 1.25 bilion penduduk, menjelang 2025.

Bagaimanpun, Brodin akur bahawa syarikat itu perlu menyesuaikan model perniagaan Ikea dengan keadaan tempatan bagi menarik jumlah besar kelas pertengahan yang tidak biasa dengan sesebuah syarikat yang menjangkakan para pelanggannya memasang sendiri produk-produk yang dibeli.

Selain produk-produk biasa Ikea, "produk-produk tempatan yang relevan", seperti bungkusan masala, kuali yang dinamakan 'tawas', pembuat pulut dan tilam dengan sabut kelapa turut ditawarkan.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan