Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hyflux minta tempoh lanjutan 2 minggu untuk cari pembeli bagi Tuaspring

Hyflux meminta supaya diberi tempoh lanjutan selama dua minggu untuk mencari pembeli dan mengikat kontrak bagi Loji Bersepadu Air dan Janakuasa Tuaspring.

Anggaran Waktu Membaca:
Hyflux minta tempoh lanjutan 2 minggu untuk cari pembeli bagi Tuaspring

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 01:10AM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 01:13AM

SINGAPURA: Hyflux meminta supaya diberi tempoh lanjutan selama dua minggu untuk mencari pembeli dan mengikat kontrak bagi Loji Bersepadu Air dan Janakuasa Tuaspring.

Tarikh akhir seharusnya pada Isnin (15 Okt). Syarikat perawatan air yang berdepan dengan kesulitan itu menyatakan minggu lalu bahawa ia sedang menaksir satu bidaan yang diserahkan salah satu daripada dua pembeli yang berminat dan sudahpun diluluskan oleh pihak berkuasa.

Dalam penyata kewangan Bursa Saham Singapura pada Isnin (15 Okt), Hyflux menyatakan Maybank - pemberi jaminan terbesarnya - sudah memberi kelulusan secara prinsip bagi tempoh lanjutan sehingga 29 Oktober.

Hyflux, firma tempatan pertama yang membangunkan kaedah rawatan air dan kemudian melabur dalam bidang janakuasa, mengumumkan pada Mei bahawa ia sudah membuat permohonan untuk melalui proses penyusunan semula di bawah pengawasan mahkamah.

Ia menukil "kelemahan berpanjangan" dalam pasaran tenaga kuasa tempatan sebagai punca syarikatnya mengalami masalah kewangan.

Dengan liabiliti sebanyak S$2.95 bilion, menjual pelaburannya dalam loji Tuaspring, yang bernilai lebih S$1 bilion, dilihat sebagai kunci untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan syarikat.

Hyflux bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut tentang dua pembeli yang berminat, namun laporan Bloomberg awal bulan ini menyatakan Sembcorp Industries satu-satunya pihak yang menyerahkan bidaan.

Menukil sumber-sumber yang tidak dinamakan, laporan itu menyatakan bidaan Sembcorp bawah nilai buku (book value) Tuaspring iaitu S$1.3 bilion dan ia tidak mencukupi untuk melunaskan hutang-hutangnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan