Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hwa Seng Builder perolehi kontrak penggantian S$95.6 juta bagi jejambat Changi

Kontrak penggantian bagi Jejambat Ekspreswe Tampines (TPE) - Eskpreswe Rentas Pulau (PIE) Changi yang runtuh pada tahun lalu diberikan kepada Hwa Seng Builder pada harga S$95.6 juta. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hwa Seng Builder perolehi kontrak penggantian S$95.6 juta bagi jejambat Changi

Jurutera mengaku tahu kesilapan rekaan, rekahan struktur sebelum kemalangan. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 07:42AM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 07:46AM

SINGAPURA: Kontrak penggantian bagi Jejambat Ekspreswe Tampines (TPE) - Eskpreswe Rentas Pulau (PIE) Changi yang runtuh pada tahun lalu diberikan kepada Hwa Seng Builder pada harga S$95.6 juta. Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (10 Dis).

Menurut LTA, kerja-kerja binaan dijangka bermula pada suku pertama tahun depan dan ia dijadual siap dibina dalam separuh pertama 2022.

Hwa Seng Builder akan bertanggungjawab dalam menyelesaikan pembinaan jejambat tersebut, serta merobohkan mana-mana struktur yang didapati tidak selamat.

Hwa Seng Builder adalah sebuah syarikat kontraktor yang pernah melaksanakan pelbagai kerja-kerja binaan jalan raya. Ini termasuk laluan jalan raya baru yang menghubungkan Punggol Central dengan Eksepreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) dan TPE(PIE), yang dibuka pada bulan lalu.

Sebahagian jejambat TPE-PIE Changi runtuh pada 14 Julai tahun lalu, membunuh seorang pekerja warga China, Chen Yinchuan. Mangsa adalah salah seorang daripada 11 pekerja yang berada di atas struktur berkenaan apabila ia runtuh.

Lagi tiga pekerja warga China, seorang warga India dan enam warga Bangladesh turut cedera akibat insiden tersebut.

Pembina asalnya, Kim Peow Contractors, didakwa bersama-sama lima individu atas kecuaian sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan