Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Heng Swee Keat duduki tempat kedua ranking menteri kewangan di rantau ini

Menteri Kewangan Heng Swee Keat menduduki tempat kedua dalam ranking menteri kewangan di rantau Asia Pasifik berdasarkan majalah yang berpangkalan di Hong Kong.

Anggaran Waktu Membaca:
Heng Swee Keat duduki tempat kedua ranking menteri kewangan di rantau ini

Menteri Kewangan Heng Swee Keat. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 17 Apr 2018 09:02AM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 11:25AM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat menduduki tempat kedua dalam ranking menteri kewangan di rantau Asia Pasifik berdasarkan majalah yang berpangkalan di Hong Kong.

Encik Heng, yang melompat dari tangga keenam tahun lalu, kini di belakang menteri kewangan Indonesia Dr Sri Mulyani Indrawati, yang berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga pertama buat dua tahun berturut-turut bagi Anugerah Menteri Kewangan Terbaik tahun ini oleh FinanceAsia.

Dalam tukilannya, FinanceAsia menarik perhatian bahawa Encik Heng “berdepan dengan tugas yang rumit”. “Beliau menunjukkan tekad untuk menaikkan cukai penjualan am Singapura bagi mengimbangi perbelanjaan jagaan kesihatan dan menyokong penduduk yang semakin menua di Singapura dan pada masa yang sama, beliau juga harus membuat keputusan bagi memastikan Singapura dapat terus bersaing dalam jangka panjang.

Encik Heng, yang juga dalam kalangan nama yang disebut-sebut untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, mengumumkan semasa kenyataan Belanjawan pada Februari lalu bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan dinaikkan dari 7 hingga 9 peratus antara 2021 dengan 2025.

FinanceAsia turut menambah bahawa tempoh kenaikan cukai itu “mungkin sesuatu yang rumit”. Ia turut menarik perhatian bahawa ekonomi Singapura meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi dunia “yang berkembang pada rentak yang lebih tersusun buat pertama kali sejak krisis kewangan global.” Namun demikian, pemerintah Singapura “berdepan dengan ujian politik sedang ia berusaha untuk menaikkan cukai dan melindungi ekonominya daripada cabaran masa hadapan”.

Encik Heng adalah pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura sebelum menyertai politik pada 2011. Selepas menerajui kementerian pendidikan, beliau mengambil alih jawatan menteri kewangan daripada Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam pada September 2015 .

Ini bukan kali pertama Menteri Kewangan Singapura diiktiraf di pentas antarabangsa. Pada 2013, Encik Tharman menerima Anugerah Menteri Kewangan Terbaik yang disampaikan oleh majalah Euromoney.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan