Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura naik 9.1% pada April

Hasil pengilangan Singapura pada bulan April tumbuh lebih rancak daripada yang dijangkakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan S'pura naik 9.1% pada April

Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 25 May 2018 10:08PM Dikemas Kini : 25 May 2018 10:11PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura pada bulan April tumbuh lebih rancak daripada yang dijangkakan.

Hasil pengilangan bulan April naik 9.1 peratus berbanding setahun lalu.

Pertumbuhan itu lebih tinggi berbanding 6.1 peratus yang dicatat pada bulan Mac.

Sektor elektronik, yang merupakan pendorong utama dalam ekonomi Singapura, naik 11.3 peratus dalam bulan April berbanding setahun lalu.

Kelompok yang lain turut mencatat pertumbuhan dengan keluaran kelompok kimia meningkat 12.4 peratus berbanding setahun lalu dan keluaran kelompok kejuruteraan pengangkutan naik 8.3 peratus, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Keluaran pengilangan bioperubatan melonjak 8.2 peratus bulan lalu manakala keluaran farmaseutikal naik 10.7 peratus, dipacu oleh pengeluaran farmaseutikal dan pengeluaran produk biologi yang lebih tinggi. Dalam pada itu, segmen teknologi perubatan pula meningkat 2.5 peratus, menurut EDB.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan