Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga COE kereta rendah; masa terbaik untuk beli kereta?

Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kereta kecil merosot ke paras paling rendah dalam masa lebih lapan tahun, dalam bidaan pertama bulan Disember. Bagaimanapun, ramai pembeli mengambil sikap tunggu dan lihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Dec 2018 10:34PM Dikemas Kini : 09 Dec 2018 10:40PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kereta kecil merosot ke paras paling rendah dalam masa lebih lapan tahun, dalam bidaan pertama bulan Disember.

Bagaimanapun, ramai pembeli mengambil sikap tunggu dan lihat.

Premium COE untuk kereta kecil jatuh kepada kira-kira S$23,500, iaitu yang paling rendah dalam masa lapan tahun, ia masih bukan alasan yang cukup kuat bagi kebanyakan bakal pembeli.

Ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

Malah tinjauan di beberapa bilik pameran kereta mendapati keadaan tidak begitu sibuk.

Ini meskipun ada yang menawarkan potongan harga S$1,000 hingga S$2,000.

Premium COE yang rendah turut menjejas jualan syarikat-syarikat kereta terpakai.

Para pengedar menjangkakan permintaan terus lemah bagi kereta terpakai sepanjang 2019 ekoran harga COE yang rendah.

Penganalisis pengangkutan Dr Lee Der Horng akur keadaan itu akan berlaku walaupun harga premium tidak mungkin akan merosot ke paras serendah yang dilihat minggu lalu. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan