Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru

Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Khamis (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2018 06:17PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 12:21AM

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Khamis (8 Nov).

Bagi Kategori A iaitu kereta 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada harga S$28,199, naik dari S$25,556 dalam bidaan sebelumnya.

Premium bagi kereta-kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B pula naik S$1,000 kepada S$32,302.

COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, merosot sedikit kepada S$32,000 berbanding S$32,900 sebelum ini.

Premium motosikal pula ditutup pada harga S$2,509, merosot dari S$3,951 dalam bidaan lalu.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, kekal tanpa banyak perubahan pada S$29,501.

Lebih 7,850 bidaan diterima, dengan kuota 5,094 sijil COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan