Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GSS perlu dirombak agar dapat bersaing dengan peruncit online

Misalnya jumlah barang yang dijual syarikat peruncit online Lazada naik seganda sepanjang tempoh GSS ini berbanding tahun lalu. Bahkan, Lazada juga perlu menambah kepelbagaian produknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2018 05:11PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 10:42PM

SINGAPURA: Acara jualan murah besar-besaran GSS 2018 berakhir hari ini (12 Ogos), iaitu kali ke-25 acara tahunan itu diadakan.

Namun banyak pihak berpendapat GSS perlu dirombak memandangkan ia menghadapi persaingan sengit daripada para peruncit online sejak beberapa tahun lalu.

Adakah daya tarikannya sudah kian pudar? Yang jelas, semakin ramai orang kini cenderung membeli-belah secara online.

Misalnya jumlah barang yang dijual syarikat peruncit online Lazada naik seganda sepanjang tempoh GSS ini berbanding tahun lalu. Bahkan, Lazada juga perlu menambah kepelbagaian produknya.

Maka itu seorang penganalisis berkata GSS bukan sahaja perlu dirombak, malah setiap pengalaman membeli-belah harus juga dilengkapi dengan kegiatan-kegiatan lain.

"Saya rasa ia melibatkan peluasan ekosistem. Saya rasa kita perlu bekerja lebih keras, menarik juga penglibatan rakan-rakan kongsi lain ke dalam GSS seperti bidang F&B (makanan dan minuman), hiburan, riadah," kata Profesor Madya Prem Shamdasani dari Sekolah Perniagaan NUS.

Sentimen itu dikongsi para penganjur GSS. Cik Rose Tong, Pengarah Eksekutif, Persatuan Peruncit Singapura berkata:

"Para peruncit mungkin boleh bekerjasama untuk melakukan pemasaran silang. Jadi misalnya, jika anda makan di kedai saya, anda diberi baucar untuk berbelanja di kedai Levis atau Topshop."

Meskipun para peruncit online tidak akan melenyapkan kedai-kedai tradisional dalam masa terdekat ini, satu pembaharuan perlu dilakukan agar GSS dapat semula menjadi acara khas jualan murah yang hebat. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan