Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Grab sah ambil alih Uber di Asia Tenggara; kembangkan perniagaan GrabFood

Grab hari ini (26 Mac) mengumumkan bahawa ia sudah mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara, sekaligus mengesahkan laporan-laporan yang mula timbul mengenai penggabungan berkenaan pada hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Mar 2018 01:42PM Dikemas Kini : 26 Mar 2018 10:47PM

SINGAPURA: Grab hari ini (26 Mac) mengumumkan bahawa ia sudah mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara, sekaligus mengesahkan laporan-laporan yang mula timbul mengenai penggabungan berkenaan pada hujung minggu lalu.

Grab menyatakan bahawa ia akan menyepadukan perniagaan kenderaan sewa dan penghantaran makanan Uber dengan platformnya di rantau ini.

“Perjanjian ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara,” menurut syarikat kereta sewa, Grab, dalam kenyataan medianya hari ini.

“Dengan penggabungan perniagaan itu, Grab akan memacu usaha menjadi pemain nombor satu bagi platform online dan sebaliknya di Asia Tenggara dan pemain utama dalam khidmat penghantaran makanan.”

Sebagai sebahagian daripada pemerolehan itu, Uber akan membeli 27.5 peratus saham Grab. Ketua Pegawai Eksekutif Uber Dara Khosrowshahi pula akan menganggotai lembaga Grab.

Grab akan mengambil alih operasi dan aset Uber di Singapura, Malaysia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Pengasas bersama Grab, Tan Hooi Ling berkata syarikat itu juga akan mengembangkan perniagaan GrabFood di semua negara utama Asia Tenggara dalam suku kedua. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan