Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Grab peroleh pelaburan tambahan S$1.4 bilion

Ia juga akan menggunakan "sebahagian besar" hasil pendanaan itu untuk terus melabur di Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab peroleh pelaburan tambahan S$1.4 bilion

Iklan syarikat Grab di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su/File Photo)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 02:52PM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 02:55PM

SINGAPURA: Syarikat kereta sewa Grab menyatakan bahawa ia sudah memperoleh pelaburan baru bernilai AS$1 bilion (S$1.4 bilion) daripada beberapa syarikat kewangan, termasuk syarikat pengurus aset global OppenheimerFunds dan Ping An Capital dari China.

Dana itu diperolehi selepas Toyota Motor pada Jun membeli saham Grab bernilai AS$1 bilion (S$1.4 bilion) sebagai pelabur utama apabila Grab mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara.

Para pelabur lain dalam pendanaan baru itu termasuk syarikat milik pengasas bersama Microsoft, Paul Allen Vulcan Capital, Macquarie Capital, All-Stars Investment dan Lightspeed Venture Partners, menurut Grab dalam satu kenyataan media.

Syarikat itu akan menggunakan dana tersebut untuk "memperluaskan rangkaian perkhidmatan O2O (online ke offline) yang disediakan di Asia Tenggara," katanya.

Ia juga akan menggunakan "sebahagian besar" hasil pendanaan itu untuk terus melabur di Indonesia.

"Grab merupakan platform O2O yang mengubah industri sekaligus membolehkan jutaan pengguna dan usahawan memanfaatkan wadah online dan memacu ekonomi digital di Asia Tenggara," kata Presiden Grab, Ming Maa.

"Kami sudah melihat minat memberangsangkan daripada para pelabur global strategik dan rakan kongsi yang berminat untuk bekerjasama dengan kami untuk menarik pertumbuhan pesat di rantau ini."

Grab, yang bermula sebagai syarikat tempahan teksi enam tahun lalu, sudah berubah menjadi sebuah kumpulan teknologi pengguna, yang menawarkan khidmat seperti pembayaran digital dan penghantaran makanan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan