Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Goldman Sachs disiasat AS isu 1MDB

Pendakwa raya Amerika Syarikat sedang menyiasat sama ada kumpulan syarikat Goldman Sachs Group Inc melanggar undang-undang dalam kes yang membabitkan firma pelaburan negara Malaysia 1MDB

Anggaran Waktu Membaca:
Goldman Sachs disiasat AS isu 1MDB

(Gambar fail: REUTERS/Brendan McDermid).

Diterbitkan : 08 Aug 2018 04:51PM Dikemas Kini : 08 Aug 2018 04:57PM

LOS ANGELES: Pendakwa raya Amerika Syarikat sedang menyiasat sama ada kumpulan syarikat Goldman Sachs Group Inc melanggar undang-undang dalam kes yang membabitkan firma pelaburan negara Malaysia 1MDB, melibatkan seorang bekas pegawai pelaburan syarikat itu.

Siasatan itu berpusat terhadap kehilangan kira-kira AS$4.5 bilion (S$1.51 bilion) daripada tabung dana kerajaan Malaysia oleh para pegawai peringkat tinggi dan sekutu mereka.

Pendakwa raya di Amerika Syarikat dan tempat lain percaya, sekumpulan individu yang ada hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, mencurinya daripada tabung dana itu untuk membeli lukisan, kapal layar mewah, hartanah dan malah pegangan pelaburan dalam filem seperti ‘The Wolf of Wall Street.’

Goldman menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada dana itu termasuk membantunya menjual bon bernilai bilion dolar kepada pelabur. Bank itu memperoleh bayaran kira-kira AS$600 juta (S$200 juta) untuk perkhidmatannya.

Goldman berulang kali menafikan peranannya dalam skandal 1MDB, mengatakan ia tidak sedar bagaimana wang daripada dana itu digunakan. Firma itu berkata, ia bekerja sama dengan siasatan.

“Goldman Sachs tidak mengenal pasti jika sesetengah dana yang kami bantu untuk menaikkan 1MDB mungkin pada akhirnya disalurkan untuk tujuan lain,” kata jurucakap Goldman, Michael DuVally.

Januari lalu, pendakwa raya pejabat berkenaan memaklumkan rakan sejawatan mereka di Daerah Timur New York di Brooklyn, mereka bercadang membuat dakwaan jenayah terhadap bekas pegawai pelaburan Goldman Sachs, Tim Leissner, yang bekerja rapat dengan dana Malaysia itu, kata dua individu yang biasa dengan siasatan.

Pendakwa raya di California berharap untuk menggunakan dakwaan ke atas Leissner sebagai penanda aras bagi merunding satu perjanjian pertuduhan dengannya dan mendapatkan kerjasamanya dalam kes potensi beberapa individu lain, kata seorang daripada individu berkenaan.

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan