Images
  • 1mdb
    Gambar Fail.

Goldman Sachs disaman Abu Dhabi kerana dipercayai subahat dalam skandal 1MDB

NEW YORK: Sebuah syarikat pelaburan Abu Dhabi menyaman Goldman Sachs kerana dipercayai bersekongkol dalam skim jenayah 1MDB yang terpaut dalam skandal.

Saman itu yang difailkan di sebuah mahkamah New York bagi pihak syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), menamakan Goldman Sachs dan para bekas pegawai Goldman yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat awal bulan ini.

"Tindakan ini bagi mencari penyelesaian kepada konspirasi global secara besar-besaran yang dilakukan pihak defendan untuk menipu plaintif," menurut tuntutan itu, yang turut menamakan para bekas eksekutif IPIC serta anak syarikatnya, Aabar Investments.

“Sebagai sebahagian daripada skim itu, Goldman Sachs bersubahat dengan pihak lain untuk menyogok bekas eksekutif IPIC dan Aabar... untuk menyertai konspirasi dan bertindak menentang kepentingan IPIC dan Aabar.”

Goldman Sachs menyatakan ia akan melawan tindakan saman itu.

“Kami dalam proses menilai butiran-butiran tuduhan dan menjangkakan untuk melawan tuntutan itu dengan yakin,” kata jurucakap Goldman Sachs menerusi kiriman emel.

Goldman Sachs terus disiasat sejak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada 1 November, mendedahkan dua bekas eksekutifnya didakwa memainkan peranan utama dalam skandal berhubung 1MDB. 

- AFP/AQ/aq

Top