Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Goldman Sachs dakwa dibohong kepimpinan lalu M'sia

Bank pelaburan Amerika Syarikat Goldman Sachs menuduh kerajaan Malaysia yang lalu di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan dana pelaburan Malaysia, 1MDB membohonginya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2018 07:18PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:29AM

NEW YORK: Bank pelaburan Amerika Syarikat Goldman Sachs menuduh kerajaan Malaysia yang lalu di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan dana pelaburan Malaysia, 1MDB membohonginya.

Goldman Sachs melontarkan tuduhan itu selepas Peguam Negara Malaysia Tommy Thomas pada Isnin (17 Dis) memfailkan pertuduhan-pertuduhan jenayah terhadap bank tersebut serta dua bekas pegawai utamanya kerana didakwa menggelapkan wang 1MDB.

Pertuduhan-pertuduhan jenayah yang difailkan Peguam Negara Malaysia itu berkaitan dengan penjualan bon-bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion (S$8.9 bilion).

Ia menuduh anak-anak syarikat Goldman Sachs dan dua bekas pegawai perbankannya bersubahat dengan peniaga Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low untuk menggelapkan wang berjumlah AS$2.7 bilion (S$3.7 bilion), menyogok penjawat-penjawat awam Malaysia dan membuat pernyataan-pernyataan palsu semasa membantu 1MDB untuk mendapatkan wang tunai menerusi penjualan bon-bon itu.

Dua bekas pegawai Goldman Sachs itu ialah Tim Leissner dan Roger Ng. Leissner awal sebelum ini mengaku salah di Amerika berhubung kes itu.

Peguam Negara Malaysia berkata Goldman Sachs mendapat manfaat melalui penerimaan taja jamin dan pengaturan sebanyak kira-kira AS$600 juta (S$825 juta).

Jumlah itu, katanya, berlipat kali ganda lebih tinggi daripada kadar yang lazim dan norma pasaran.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan