Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GIC beli 2 pusat pengedaran logistik utama di Korea Selatan

Dana Pelaburan Negara, GIC membeli dua pusat pengedaran logistik utama di Korea Selatan dengan harga $570 juta melalui dana hartanah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2018 11:43PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 11:49PM

SINGAPURA: Dana Pelaburan Negara, GIC membeli dua pusat pengedaran logistik utama di Korea Selatan dengan harga $570 juta melalui dana hartanah.

Ini bagi Blok A dan B Kompleks Logistik Hwaseong Dongta di Wilayah Gyeonggi yang terletak 35 kilometer dari Seoul.

Menurut GIC, kedua-dua blok dipajak sepenuhnya oleh penyewa bermutu dengan pajakan jangka panjang.

Ruang logistik dibeli oleh syarikat K-Eco Logis, anak syarikat Halla Corp dan pemaju aset.

Dana hartanah diuruskan oleh Pengurusan Aset ADF, sebuah syarikat pengurusan aset khusus dalam sektor perindustrian Korea Selatan.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan