Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GIC bakal beli 43% saham menara pejabat Tokyo pada harga S$748 juta

Dana pelaburan pemerintah Singapura, GIC, akan membeli 43 peratus saham Menara MAYNDS Shinjuku, sebuah hartanah Gred-A berskala besar di Tokyo, pada harga 62.5 bilion yen (S$748 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
GIC bakal beli 43% saham menara pejabat Tokyo pada harga S$748 juta

Menara MAYNDS Shinjuku di Tokyo. (Gambar: GIC)

Diterbitkan : 19 Dec 2017 06:18PM Dikemas Kini : 19 Dec 2017 06:21PM

SINGAPURA: Dana pelaburan pemerintah Singapura, GIC, akan membeli 43 peratus saham Menara MAYNDS Shinjuku, sebuah hartanah Gred-A berskala besar di Tokyo, pada harga 62.5 bilion yen (S$748 juta).

Dalam kenyataan bersamanya hari ini (19 Dis), GIS menyatakan bahawa ia akan membeli saham dari Daiwa Office Investment Corporation.

Daiwa juga memegang 43 peratus saham, dengan baki saham dipegang oleh sebuah syarikat tempatan yang tidak dinamakan.

Bangunan pejabat setinggi 34 tingkat itu terletak di bahagian yang baru dibangunkan iaitu di kawasan selatan stesen Shinjuku dan mempunyai akses bawah tanah ke beberapa laluan kereta api.

Encik Lee Kok Sun, Ketua Pegawai Pelaburan Hartanah GIC, berkata bahawa pelaburan ini merupakan satu "peluang unik untuk mendapat aset yang mampu menjana pendapatan yang cukup besar dan stabil".

Beliau menambah, GIC sudah melabur di Jepun untuk hampir 30 tahun dan yakin terhadap pertumbuhan berterusan Jepun dalam jangka panjang.

GIC akan terus memanfaatkan peluang untuk melabur dalam aset-aset berkualiti dengan aliran tunai yang mantap, tambah beliau.

GIC dan Daiwa Real Estate Management menyatakan bahawa pihaknya akan terus menambah nilai aset tersebut.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan