Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Genting saman Disney, Fox AS$1b langgar kontrak

Walt Disney dan Twenty-First Century Fox Inc disaman lebih AS$1 bilion (S$1.4 bilion) pada Isnin (26 Nov) oleh pengendali kasino Genting Malaysia Bhd atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema berjenama Fox pertama yang dirancang sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Genting saman Disney, Fox AS$1b langgar kontrak

Resorts World Genting. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 27 Nov 2018 03:48PM Dikemas Kini : 27 Nov 2018 03:52PM

NEW YORK: Walt Disney dan Twenty-First Century Fox Inc disaman lebih AS$1 bilion (S$1.4 bilion) pada Isnin (26 Nov) oleh pengendali kasino Genting Malaysia Bhd atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema berjenama Fox pertama yang dirancang sebelum ini.

Menurut Genting, ‘penyesalan penjual’ yang disebabkan oleh Fox dengan bantuan Disney melanggar kontrak yang dimeterai pada 2013 bersama Fox Entertainment Group (FEG) untuk memberi lesen harta intelektual kepada Fox World. Ia adalah bagi membina tambahan kepada kompleks Resorts World Genting yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Disney tidak segera memberikan sebarang kenyataan ketika dihubungi untuk mendapatkan komen.

Jurucakap Twentieth Century Fox Film, Dan Berger yang juga salah seorang enggan mengulas.

Tuntutan berkenaan difailkan di Mahkamah Daerah Los Angeles ketika Disney bersiap sedia menyempurnakan pembelian aset Fox bernilai AS$71.3 bilion (S$98 bilion) yang dijangka selesai menjelang suku tahun pertama 2019.

Genting menyatakan masalah bermula apabila Fox merancang penangguhan selama beberapa tahun untuk memaksa kontrak berkenaan menjalani rundingan semula.

Menurut aduan itu, Disney adalah pihak yang membuat keputusan dan mahu menamatkan kontrak terbabit kerana kerjasama dengan syarikat perjudian tidak memenuhi strategi ‘mesra keluarga’ jenama berkenaan.

Tambah Genting lagi, Fox mengeluarkan notis tindakan dengan harapan dapat menamatkan kontrak dan ‘ia konsisten dengan hasrat Disney mahu mematikan perjanjian’ itu demi faedah sendiri.

Genting sudah membuat pelaburan berjumlah lebih AS$750 juta (S$1 bilion) di dalam syarikat Fox World.

Ia juga akan mengambil tindakan ganti rugi punitif ke atas Disney.  

Sumber : Agensi berita/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan