Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GDP suku kedua S'pura mungkin lebih tinggi susuli pengeluaran kilang lebih kukuh

GDP bagi suku kedua tahun ini diramal berkembang 4.1 peratus berbanding pertumbuhan 3.8 peratus yang diunjurkan dalam ramalan awal

Anggaran Waktu Membaca:
GDP suku kedua S'pura mungkin lebih tinggi susuli pengeluaran kilang lebih kukuh

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 11:11PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 11:14PM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura dijangka meningkat lebih tinggi daripada yang diramalkan sebelum ini bagi suku kedua tahun ini menyusuli peningkatan pada kegiatan kilang. Ini menurut tinjauan Reuters yang didedahkan hari ini (10 Ogos).

Setahun lalu, hasil dalam negeri kasar (GDP) bagi suku kedua tahun ini diramal berkembang 4.1 peratus berbanding pertumbuhan 3.8 peratus yang diunjurkan dalam ramalan awal yang diumumkan pada Julai. Namun lebih perlahan berbanding pertumbuhan 4.3 peratus yang diraih pada suku pertama. Perangkaan itu adalah berdasarkan tinjauan 10 ahli ekonomi.

Menurut para penganalisis, semakan terbaru itu disebabkan oleh peningkatan pada pengeluaran kilang yang dicatat dalam suku kedua, yang dipacu oleh sektor-sektor seperti farmaseutikal dan elektronik serta kebangkitan dalam industri marin dan kejuruteraan luar pesisir.

Bagaimanapun, kebergantungan terhadap sektor-sektor pengilangan dan eksport, termasuk potensi berlakunya perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China meningkatkan kebimbangan.

Singapura mengetatkan dasar kewangannya pada April lalu, iaitu buat pertama kali dalam tempoh enam tahun dan ia turut menyemak semula GDP suku kedua bagi mewajarkan keputusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mengetatkan lagi dasar kewangan negara.

Namun, terdapat keprihatinan bahawa ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China, iaitu pasaran eksport terbesar Singapura, mungkin akan terus membuat para penggubal dasar lebih berhati-hati.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan