Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Firma kecerdasan buatan Appier tubuh unit R&D di S'pura

Syarikat itu sudahpun mempunyai sebuah pejabat di sini dan unit R&D adalah lanjutan daripada itu, katanya, sambil menambah bahawa buat masa ini belum lagi ada kakitangan tetapi beliau mempunyai beberapa bakal calon yang akan ditemu duga. 

Anggaran Waktu Membaca:
Firma kecerdasan buatan Appier tubuh unit R&D di S'pura

CEO Chih-Han Yu bercakap semasa pameran perdagangan Computex. (Gambar: Appier/Facebook)

Diterbitkan : 30 Aug 2017 11:34AM Dikemas Kini : 30 Aug 2017 11:41AM

SINGAPURA: Syarikat kecerdasan buatan (AI) Appier mengumumkan hari ini (30 Ogos) bahawa ia berjaya mengumpul dana sebanyak AS$33 juta (S$44.6 juta) yang turut merangkumi pelaburan daripada Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Cabang pelaburan EDB iaitu EDBI, serta SoftBank dari Jepun dan Line and Naver dari Korea Selatan juga turut serta dalam pelaburan Siri C, membawa jumlah keseluruhan pelaburan kepada lebih AS$82 juta (S$111).

Appier merancang untuk menggunakan AI bagi membantu syarikat-syarikat menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang kian berubah-ubah dengan membolehkan syarikat-syarikat perusahaan memahami data mereka, mengenal pasti corak dan membuat keputusan perniagaan yang bernas.

Pembiayaan dana terbaru itu akan membolehkan syarikat tersebut untuk memikat bakat global dan memperluaskan keupayaan penyelidikan dan kejuruteraan AI menjangkaui pangkalannya, menurut ibu pejabat syarikat itu di Taiwan.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Chih-Yan Yu memberitahu MediaCorp menerusi wawancara di telefon, bahawa pihaknya akan menubuhkan unit kajian dan pengembangan di Singapura - yang pertama di luar Taiwan.

Syarikat itu sudahpun mempunyai sebuah pejabat di sini dan unit R&D adalah lanjutan daripada itu, katanya, sambil menambah bahawa buat masa ini belum lagi ada kakitangan tetapi beliau mempunyai beberapa bakal calon yang akan ditemu duga.

Apabila ditanya mengapa beliau berpendapat bahawa Singapura akan menjadi pangkalan R&D yang baik untuk AI, Encik Yu berkata para penyelidik di Singapura sangat arif dalam bidang tertentu seperti pengumpulan data, pemprosesan bahasa semula jadi dan robotik.

 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan