Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S’pura turun 2.7% pada Mac, jatuh 2 bulan berturut-turut

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot 2.7 peratus pada bulan Mac berbanding setahun lalu, menurut perangkaan yang diterbitkan oleh agensi perdagangan International Enterprise (IE) Singapore hari ini (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Apr 2018 09:49AM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 11:49PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot 2.7 peratus pada bulan Mac berbanding setahun lalu, menurut perangkaan yang diterbitkan oleh agensi perdagangan International Enterprise (IE) Singapore hari ini (17 Apr).

Kemerosotan ini lebih rendah berbanding 6 peratus yang dialami pada bulan Februari, sedang kedua-dua eksport elektronik dan bukan elektronik merosot pada rentak yang lebih perlahan, tetapi lebih teruk berbanding peningkatan 0.2 peratus yang diramalkan oleh pakar ekonomi yang ditinjau Reuters.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, NODX merosot 1.8 peratus pada bulan Mac, selepas mengalami penguncupan 2.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Penghantaran ke enam daripada 10 pasaran utama Singapura naik pada bulan Mac, dengan pertumbungan itu dipacu oleh Amerika Syarikat, Jepun dan EU. Eksport ke China – pasaran terbesar Singapura – serta Hong Kong, Thailand dan Malaysia merosot.

Eksport elektronik menguncup sebanyak 7.1 peratus pada bulan Mac, lebih baik berbanding kemerosotan 12.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Bahagian PC, IC dan diod serta transistor masing-masing merosot sebanyak 51,2 peratus, 6.3 peratus dan 24.6 peratus, dan ia merupakan penyumbang paling besar kepada kemerosotan eksport domestik elektronik, menurut IE Singapore.

Penghantaran bukan elektronik merosot 1.3 peratus jika dibandingkan dengan paras yang tinggi tahun lalu, selepas menguncup 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Emas bukan wang, bahagian struktur yang diperbuat daripada besi, keluli dan aluminium, bahagian pesawat masing-masing merosot sebanyak 55.1 peratus, 95.3 peratus dan 53.6 peratus, penyumbang terbesar kepada penghantaran bukan elektronik.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan