Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura pada Julai lonjak 11.8%, lampaui jangkaan

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura meningkat lebih tinggi daripada yang dijangkakan pada Julai berbanding bulan yang sama tahun lalu, dipacu oleh peningkatan dalam penghantaran farmaseutikal. Demikian menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini (17 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2018 10:24AM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 09:37PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura meningkat lebih tinggi daripada yang dijangkakan pada Julai berbanding bulan yang sama tahun lalu, dipacu oleh peningkatan dalam penghantaran farmaseutikal. Demikian menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini (17 Ogos).

Menurut data yang dikeluarkan agensi perdagangan International Enterprise Singapore, eksport melonjak 11.8 peratus pada Julai berbanding setahun sebelumnya, lebih tinggi daripada kenaikan 0.8 peratus selepas semakan pada bulan sebelumnya.

Ia juga lebih baik daripada kenaikan 6.7 peratus yang diramalkan oleh para pakar ekonomi dalam satu tinjauan Reuters.

Berdasarkan penyesuaian musiman bulan ke bulan, eksport tumbuh 4.3 peratus pada Julai setelah menjunam 11.1 peratus selepas semakan pada Jun. Tinjauan itu meramalkan kenaikan 0.2 peratus.

Peningkatan yang melebihi ramalan itu dirangsang eksport farmaseutikal, yang melonjak 109.2 peratus pada Julai berbanding setahun sebelumnya.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan