Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura naik 8.5% pada Julai; pertumbuhan 3 bulan berturut-turut

Pengiriman eksport elektronik dan eksport semula bukan elektornik juga meningkat, tambah IE Singapore.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura naik 8.5% pada Julai; pertumbuhan 3 bulan berturut-turut

Terminal pelabuhan kontena Keppel di Singapura.

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura naik 8.5 peratus pada bulan Julai berbanding setahun lalu, pertumbuhan tiga bulan berturut-turut, menurut statistik yang didedahkan oleh agensi perdagangan International Enterprise (IE) Singapore hari ini (17 Ogos).

Peningkatan pada bulan Julai itu menyusuli pertumbuhan eksport 0.4 peratus pada bulan Mei dan kenaikan 8.8 peratus pada Jun.

Bagaimanapun, berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport turun 2.5 peratus disebabkan kemerosotan pada NODX bukan elektronik yang mengatasi peningkatan NODX elektronik, menurut IE Singapore.

Penghantaran elektronik naik buat sembilan bulan berturut-turut berdasarkan perbandingan dari tahun ke tahun, dengan peningkatan 16.3 peratus dicatatkan pada bulan Julai.

Peningkatan itu dipacu oleh litar bersepadu (IC), bahagian-bahagian komputer peribadi (PC) dan produk-produk media cakera, yang masing-masing naik 31 peratus, 9.9 peratus dan 5.9 peratus, tambah IE Singapore.

Pengiriman bukan elektronik naik 5.2 peratus, menyusuli peningkatan 10.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Mesin khas, petrokimia dan enjin dan motor bukan elektronik masing-masing melonjak 82.1 peratus, 38.3 peratus dan 35.3 peratus, menyumbang sebahagian besar kepada peningkatan berkenaan.

Eksport ke 10 pasaran utama Singapura naik bulan lalu, tidak mengambil kira EU28 dan Amerika Syarikat, menurut IE Singapore.

Pengiriman ke China, pasaran eksport terbesar Singapura, berkembang 20.9 peratus.

Eksport semula bukan minyak naik 17.5 peratus berbanding setahun lalu, menyusuli pengembangan 8.3 peratus pada Jun.

Pengiriman eksport elektronik dan eksport semula bukan elektornik juga meningkat, tambah IE Singapore. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan