Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura naik 1.1% pada suku pertama, jumlah perdagangan meningkat

Eksport domestik bukan minyak Singapura tumbuh 1.1 peratus pada suku pertama tahun 2018, iaitu pada kadar lebih perlahan berbanding 10.4 peratus pada suku sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura naik 1.1% pada suku pertama, jumlah perdagangan meningkat

Pelabuhan kontena Tanjong Pagar di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 24 May 2018 01:43PM Dikemas Kini : 24 May 2018 01:46PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak Singapura tumbuh 1.1 peratus pada suku pertama tahun 2018, iaitu pada kadar lebih perlahan berbanding 10.4 peratus pada suku sebelumnya.

Ini menurut data yang dikeluarkan Enterprise Singapore pada Khamis (24 Mei).

Eksport produk bukan elektronik naik 4.5 peratus sepanjang tahun ini pada Q1, menyusuli pertumbuhan 14.4 peratus pada suku kedua tahun 2017.

"Penyumbang terbesar kepada peningkatan eksport bukan elektronik adalah persiapan makanan (136.7 peratus), enjin bukan elektrik dan motor (184.5 peratus) dan mesin khusus (10.9 peratus)," dedah Enterprise Singapore.

Sehubungan itu, eksport elektronik turun sebanyak 7.9 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu, selepas mencatat pertumbuhan lima suku.

"Bahagian litar bersepadu bagi PC dan diod dan transistor masing-masing jatuh sebanyak 9.8 peratus, 43.9 peratus dan 16.8 peratus, dan ia paling banyak menyumbang kepada penurunan eksport domestik bukan minyak," menurut Enterprise Singapore.

Secara keseluruhannya, pertumbuhan bagi eksport Singapura dijangka terus kukuh pada tahun 2018 tetapi kurang sedikit berbanding prestasi cemerlang 2017, dedah agensi itu, dengan ramalan kekal antara 1.0 peratus hingga 3.0 peratus.

JUMLAH PERDAGANGAN BARANGAN NAIK 6 SUKU BERTURUT-TURUT

Dari tahun ke tahun, jumlah perdagangan barangan Singapura tumbuh sebanyak 2.5 peratus bagi tiga bulan pertama tahun ini, menyusuli peningkatan 7.8 peratus dalam suku sebelumnya, sedang kedua-dua perdagangan minyak dan bukan minyak meningkat.

Perdagangan minyak naik 5.1 peratus pada suku pertama di tengah-tengah harga minyak lebih tinggi berbanding setahun lalu, selepas pertumbuhan 27.7 peratus pada suku sebelum ini. Perdagangan bukan minyak meningkat sebanyak 1.9 peratus pada suku pertama, menyusuli peningkatan 3.6 peratus pada suku sebelumnya.

Pada Khamis, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan merapatkan jurang ramalan pertumbuhan tahunan selepas data menunjukkan ekonomi tumbuh lebih pesat daripada yang dijangkakan pada tiga bulan pertama 2018.

MTI menyatakan pihaknya kini menjangkakan pertumbuhan hasil dalam negeri kasar tahun ini mencatat antara 2.5 peratus hingga 3.5 peratus.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan