Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura melonjak 15.2% pada suku pertama

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura melonjak 15.2 peratus pada suku pertama 2017, didorong oleh penghantaran kedua-kedua produk elektronik dan bukan elektronik, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh International Enterprise (IE) Singapore pada Khamis (25 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura melonjak 15.2% pada suku pertama

Pelabuhan kontena di Singapura. (Gambar fail: MPA)

Diterbitkan : 25 May 2017 04:45PM Dikemas Kini : 25 May 2017 04:47PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura melonjak 15.2 peratus pada suku pertama 2017, didorong oleh penghantaran kedua-kedua produk elektronik dan bukan elektronik, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh International Enterprise (IE) Singapore pada Khamis (25 Mei).

Ini menyusuli kenaikan 2.7 peratus pada suku sebelumnya, menurut agensi perdagangan tersebut.

Eksport bulan-bulan selanjutnya bagi tahun ini dijangka meningkat, selepas IE Singapore menyemak ramalan pertumbuhannya dari 4 peratus kepada 6 peratus.

Agensi berkenaan bertindak demikian, didorong oleh ramalan pertumbuhan global yang lebih kukuh dan trend eksport bagi sektor tertentu yang menggalakkan, terutama sekali bagi petrokimia dan sektor elektronik, menurut wakil IE Singapore di satu sidang media pada Khamis.

"Ramalan yang meningkat itu juga mengambil kira prestasi yang lebih baik daripada jangkaan bagi suku pertama 2017," dedahnya.

Eksport semula bukan minyak naik sebanyak 6.6 peratus pada suku pertama, selepas susut 1.4 peratus pada tiga bulan terakhir pada tahun 2016.

Perdagangan barangan melonjak sebanyak 16.3 peratus, menyusuli pertumbuhan 4 peratus pada suku sebelumnya, manakala perdagangan khidmat mencatat kenaikan 4.3 peratus, selepas tumbuh 3.4 peratus pada suku terakhir.

Pada Khamis, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mendedahkan ekonomi Singapura tumbuh lebih pantas daripada 2.7 peratus yang diramalkan tiga bulan pertama tahun ini. Ramalan pertumbuhannya kekal bagi tahun ini, iaitu antara 1 hingga 3 peratus, tetapi mendedahkan pertumbuhan dijangka meningkat lebih 2 peratus.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan