Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi S’pura tumbuh perlahan 3.8% dalam suku kedua

Ini juga lebih rendah berbanding pertumbuhan 1.5 peratus bagi tempoh tiga bulan sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi S’pura tumbuh perlahan 3.8% dalam suku kedua

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 09:25AM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 09:31AM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh perlahan sebanyak 3.8 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding setahun lalu, sedang sektor pengilangan hilang sedikit momentum. Ini menurut anggaran awal dari Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada hari Jumaat (13 Jul).

Ia lebih rendah berbanding ramalan median sebanyak 4 peratus dalam tinjauan Reuters bersama 12 ahli ekonomi, dan ia juga lebih rendah berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada suku pertama.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, ekonomi tumbuh pada rentak lebih sederhana iaitu 1 peratus bagi tempoh April hingga Jun, lebih rendah berbanding 1.2 peratus yang diramalkan dalam tinjauan Reuters.

Ini juga lebih rendah berbanding pertumbuhan 1.5 peratus bagi tempoh tiga bulan sebelumnya.

Sektor pengilangan tumbuh sebanyak 8.6 peratus pada suku kedua berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lebih rendah daripada pertumbuhan 9.7 peratus bagi tempoh tiga bulan sebelum itu.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, sektor itu mengalami sedikit kemerosotan sekitar 0.1 peratus berbanding pertumbuhan 21.3 peratus pada suku sebelumnya.

Pada bulan Mei, MTI menurunkan ramalan bagi pertumbuhan tahunan Singapura kepada antara 2.5 peratus dengan 3.5 peratus - julat yang ditekankan oleh Lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS) awal bulan ini kerana ekonomi dijangka kekal di tahap "pertumbuhan yang mantap" meskipun akan terjejas akibat ketegangan perdagangan.

Sebelum itu pada bulan April, bank pusat Singapura itu mengetatkan dasar kewangan negara buat pertama kalinya dalam tempoh enam tahun.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan