Ekonomi S'pura tumbuh 2.2% pada suku ketiga
Ekonomi Singapura tumbuh 2.2 peratus pada suku ketiga berbanding setahun lalu, lebih perlahan daripada kenaikan 4.1 peratus pada suku sebelumnya.
SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 2.2 peratus pada suku ketiga berbanding setahun lalu, lebih perlahan daripada kenaikan 4.1 peratus pada suku sebelumnya.
Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (22 Nov).
Pertumbuhan itu lebih rendah daripada anggaran awal Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) sebanyak 2.6 peratus yang dikeluarkan Pemerintah bulan lalu.
MTI juga menjangkakan GDP meningkat antara 3 hingga 3.5 peratus tahun ini dan antara 1.5 hingga 3.5 peratus pada tahun depan.
Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, GDP tumbuh 3 peratus, lebih tinggi daripada 1 peratus yang dicatatkan dalam suku kedua.
Pertumbuhan dipacu sektor kewangan dan insurans, pengilangan serta khidmat perniagaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.