Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dolar Singapura catat paras terendah berbanding ringgit tahun ini

Dolar Singapura diperdagangkan pada kadar sedolar berbanding RM3.095 pada pagi Rabu (3 Mei), iaitu kadar pertukaran paling rendah bagi tahun ini, menurut data Bloomberg.

Anggaran Waktu Membaca:
Dolar Singapura catat paras terendah berbanding ringgit tahun ini

Mata wang Singapura. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 03 May 2017 10:55AM Dikemas Kini : 03 May 2017 10:59AM

SINGAPURA: Dolar Singapura diperdagangkan pada kadar sedolar berbanding RM3.095 pada pagi Rabu (3 Mei), iaitu kadar pertukaran paling rendah bagi tahun ini, menurut data Bloomberg.

Paras terendah bagi 2017 berbanding ringgit Malaysia dicatat pada sekitar 9.00 pagi, yang jatuh sedikit berbanding paras paling rendah sebelum ini iaitu RM3.096 pada 2 Januari.

Ringgit semakin pulih sejak pertengahan bulan April, dan didorong oleh pemulihan pada harga komoditi, yang meningkatkan permintaan ekuiti. Pada 13 April, sedolar Singapura diperdagangkan pada RM3.179 - iaitu paras tertinggi sejauh ini.

Berbanding mata wang dunia, ringgit Malaysia kini mencatat paras tertinggi dalam masa lebih lima bulan, yang pulih dari paras terendah selama hampir 20 tahun.

Menurut Bloomberg, para pelabur memilih stok Malaysia dengan jangkaan bahawa harga minyak mentah akan membantu meningkatkan pendapatan negara dan bahawa perbelanjaan kerajaan Malaysia akan meningkat menjelang pilihan raya umum yang mungkin diadakan tahun ini.

Tanda aras bagi tolok ekuiti KLCI berada pada paras tertinggi dalam masa hampir dua tahun, yang dipacu oleh tempoh pengaliran tunai yang paling lama sejak 2013.

Sejak menunjukkan prestasi yang paling lemah pada tahun 2016, para penggubal dasar Malaysia memperkenalkan banyak langkah baru bagi mengembalikan minat dan keyakinan terhadap pasaran kewangan negara tersebut.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan