Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dolar Singapura capai paras rekod dalam masa 2 tahun berbanding dolar Amerika

Dolar Singapura memulakan tahun 2018 dengan baik, selepas ia menyaksikan paras tertinggi berbanding dolar Amerika dalam masa dua tahun setengah, pada Selasa (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Dolar Singapura capai paras rekod dalam masa 2 tahun berbanding dolar Amerika

Mata wang Singapura. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 02 Jan 2018 11:12PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 12:28AM

SINGAPURA: Dolar Singapura memulakan tahun 2018 dengan baik, selepas ia menyaksikan paras tertinggi berbanding dolar Amerika dalam masa dua tahun setengah, pada Selasa (2 Jan).

Mata wang tempatan kali terakhir diperdagangkan pada 1.3301 bagi setiap dolar Amerika, sekaligus naik lebih 0.4 peratus bagi meraih paras tertinggi sejak Mei 2015.

Selain kelemahan yang kian disaksikan bagi dolar Amerika, data pertumbuhan terbaru yang menunjukkan ramalan kukuh bagi ekonomi Singapura, menambah kepada "nada positif" dalam mata wang itu pada hari pertama perdagangan pada tahun 2018.

Demikian menurut ketua strategi dan kajian pasaran Asia bagi Bank Australia Negara, Christy Tan.

Anggaran awal yang dikeluarkan di pasaran menunjukkan ekonomi Singapura berkembang 3.1 peratus pada suku keempat berbanding tahun lalu, mengatasi unjuran median sebanyak 2.7 peratus dalam undian Reuters.

"Selain pendedahan GDP suku keempat yang agak kukuh, komen Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada hujung minggu lalu mengenai pertumbuhan yang mencapai puncak sasaran rasmi juga memberikan nada positif bagi permulaan tahun ini," menurut Cik Tan.

Dalam mesej Tahun Baru pada Ahad, Encik Lee berkata ekonomi tersebut berakhir dengan lebih kukuh berbanding pada awalnya, dengan pertumbuhan ekonomi bagi tahun tersebut pada 3.5 peratus.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan